7 faktor tayar perlu ditukar segera

7 faktor tayar perlu ditukar segera.

Mungkin ianya perkara biasa, tetapi ia amat berguna bagi yang "jahil kereta" seperti saya.

1- Lapisan bunga menyentuh tanda paras ( tread wear indicator ) atau capai ukuran minima 1.6mm.

2- Terdapat rekahan, tanda haus yang tidak sekata atau terdapat bonjol dipermukaan bunga / dinding tayar.

3- Pernah pancit lebih dari 5 kali di kawasan permukaan bunga tayar, lubang pancit di tempat yang sama atau berdekatan antara satu sama lain. Anggran jarak pancit yang masih boleh diguna dalam 1inci.

4- Pancit di dinding atau bahu tayar sebelah bawah.

5- Kecederaan atau kerosakan pada dinding tayar.

6- Bunga tayar yang tidak sekata akibat daripada parkir yang lama.

7- Tayar yang digunakan telah melebihi 5 tahun penggunaannya.

TIP MEMANDU KETIKA HUJAN/BANJIR




Memandu ketika hujan lebat memberi kelebihan serta kesan baik untuk sistem penyejukkan kenderaan, tetapi pada masa yang sama pandangan pemandu menjadi kurang jelas manakala permukaan jalan yang basah dan licin boleh mengakibatkan peratusan kemalangan yang tinggi. Banyak tips memandu ketika hujan yang kita sedia maklum contohnya pasangkan wiper, perlahankan kenderaan, elak lopak air dan buka lampu jika perlu. Namun banyak lagi tips yang mungkin kita terlepas pandang :

1. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir – ini mungkin menyebabkan kereta terbabas, cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan kemudi (steering), namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.

2. Pemakaian cermin mata gelap(Sunglasses) - pemakaian cermin mata gelap dapat membantu penglihatan ketika memandu di hujan lebat. Tiada paksaan untuk mencuba, kerana banyak orang banyak caranya dan mungkin tak sesuai pada pandangan mata setiap individu itu.

3. Kurangkan memandu di lane kanan sekali. Saya sendiri pernah alami apabila kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air dan menyebabkan percikan ke cermin hadapan kereta saya dan menghalang pandangan ke depan. Percikan berlaku selama lebih kurang 1 saat, boleh mendatangkan bahaya jika sedang memandu laju.

4. Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.

5. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Jalan tengah licin, kalau kereta depan brek mengejut, tak ke kasihan?

6. JANGAN menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja. Kalau tak percaya, baca semula buku lesen L.

7. Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang dilalui dengan melihat had tinggi tayar.

8. Sekiranya paras air dibawah satu kaki, pemanduan boleh dilakukan tetapi pemandu perlu memandu secara perlahan. Ini bagi mengelakkan percikkan air membasahi enjin khususnya bahagian sistem penyalaan.

9. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.

10. Berikut adalah beberapa teknik untuk mengeringkan brek dan mengujinya selepas dibasahi air:

-Gunakan gear 1 dan 2 bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear 1 bagi sistem automatik.
-Tekan pedal brek serentak dengan pedal minyak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek.
-Hadkan kelajuan antara 5 hingga 15 kmj dan jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan dihadapan. Proses ini akan mengeringkan permukaan brek
-Uji sistem brek pada kelajuan 20 kmj.
-Uji tindakan di atas berulang kali pada jarak 20 hingga 30 meter.
-Sekiranya brek gagal berfungsi, ulangi proses diatas. Selepas itu uji lagi sistem brek sehingga prestasinya memuaskan sebelum memandu laju.

SUMBER : Rakan-rakan Facebook.






PENTING!!

Tips Jika Kereta Anda Ditenggelami Banjir  

Di Malaysia, kejadian banjir sering kali berlaku dan banyak rumah-rumah yang rosak, begitu juga dengan kenderaan. Ramai yang tidak mengetahui apa yang harus dilakukan sekiranya kereta anda ditenggelami oleh banjir yang melanda. Di sini disediakan beberapa tips penting yang perlu anda lakukan sekiranya keretaanda ditenggelami banjir.

1. Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk Enjin dan bahagian dalam kabin kereta,

2. Jangan cuba hidupkan enjin kereta. Tindakan ini biasanya akan menyebabnya supaya anda punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti.

3. Kos untuk sebuah kotak komputer bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis enjin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi. 
Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti.
Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.

4. Apabila sampai ke bengkel, baraikan kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.

5. Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah masuk ke dalam enjin. Periksa juga minyak enjin. Pastikan minyak enjin tidak bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya (biasanya 2 atau 3 hari). Boleh dihidupkan enjin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear belum diperiksa.

­­


6. Sekiranya enjin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear.
Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak enjin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original).



 photo omega1.gif
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...