TIP MEMANDU KETIKA HUJAN/BANJIR




Memandu ketika hujan lebat memberi kelebihan serta kesan baik untuk sistem penyejukkan kenderaan, tetapi pada masa yang sama pandangan pemandu menjadi kurang jelas manakala permukaan jalan yang basah dan licin boleh mengakibatkan peratusan kemalangan yang tinggi. Banyak tips memandu ketika hujan yang kita sedia maklum contohnya pasangkan wiper, perlahankan kenderaan, elak lopak air dan buka lampu jika perlu. Namun banyak lagi tips yang mungkin kita terlepas pandang :

1. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir – ini mungkin menyebabkan kereta terbabas, cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan kemudi (steering), namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.

2. Pemakaian cermin mata gelap(Sunglasses) - pemakaian cermin mata gelap dapat membantu penglihatan ketika memandu di hujan lebat. Tiada paksaan untuk mencuba, kerana banyak orang banyak caranya dan mungkin tak sesuai pada pandangan mata setiap individu itu.

3. Kurangkan memandu di lane kanan sekali. Saya sendiri pernah alami apabila kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air dan menyebabkan percikan ke cermin hadapan kereta saya dan menghalang pandangan ke depan. Percikan berlaku selama lebih kurang 1 saat, boleh mendatangkan bahaya jika sedang memandu laju.

4. Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.

5. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Jalan tengah licin, kalau kereta depan brek mengejut, tak ke kasihan?

6. JANGAN menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja. Kalau tak percaya, baca semula buku lesen L.

7. Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang dilalui dengan melihat had tinggi tayar.

8. Sekiranya paras air dibawah satu kaki, pemanduan boleh dilakukan tetapi pemandu perlu memandu secara perlahan. Ini bagi mengelakkan percikkan air membasahi enjin khususnya bahagian sistem penyalaan.

9. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.

10. Berikut adalah beberapa teknik untuk mengeringkan brek dan mengujinya selepas dibasahi air:

-Gunakan gear 1 dan 2 bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear 1 bagi sistem automatik.
-Tekan pedal brek serentak dengan pedal minyak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek.
-Hadkan kelajuan antara 5 hingga 15 kmj dan jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan dihadapan. Proses ini akan mengeringkan permukaan brek
-Uji sistem brek pada kelajuan 20 kmj.
-Uji tindakan di atas berulang kali pada jarak 20 hingga 30 meter.
-Sekiranya brek gagal berfungsi, ulangi proses diatas. Selepas itu uji lagi sistem brek sehingga prestasinya memuaskan sebelum memandu laju.

SUMBER : Rakan-rakan Facebook.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...